Saturday, April 5

pedih sepedih pedihnya hati ini.

apa perasaan kau, bila orang bandingkan or seolah-olah lupakan kewujudan kau, terutamanya dalam family sendiri?

sedih, pedih, bengang, marah dan sebagainya kan?

inilah situasi aku sekarang.
mentang-mentanglah adik aku yang jantan tu SPM straight A,
semua orang pandang dia, congrats kat dia.
bila aku cakap aku STPM dapat 2B 2C, MUET band 3...... ada aku dapat warm congrats macam tu?

tak.

aku tak dapat warm congrats macam yang adik aku dapat.
malahan, bapak aku bila pergi mana-mana, dia lebih bangga kat adik aku tu dibandingkan dgn aku.
siap canang cerita lagi pasal kehebatan adik aku dapat straight A dalam SPM.
aku?
dia tak cerita sangat.

sedih tau tak bila kena banding sampai macam tu sekali.
adakah aku ni memalukan keluarga??
aku ni teruk sangat ke??

aku ni tak layak ke masuk Universiti macam orang lain?
sakit tahu tak hati ni.
sakit sangat.
setiap malam, dalam gelap, hanya air mata je peneman aku bila diingatkan balik benda ni.

teruk sangat ke aku?
tak layak ke aku, sebagai bekas pelajar STPM nak belajar tinggi jugak macam yang orang lain expect kat adik aku sorang tu??
bodoh sangat ke aku??

No comments:

Post a Comment